27 January 2015

Umrah Part 4: The Serene City of Madinah


Kalau perasan, bahagian satu dan dua, entri ditulis dalam Bahasa Inggeris dan kemudian dalam bahagian 3, Bahasa Melayu pulak digunakan. Saya tukar bahasa penyampaian saya disebabkan faktor pembaca. Berdasarkan statistik, rata-rata pembaca entri umrah di sini adalah golongan yang lebih dewasa, mereka yang telah atau merancang untuk pergi dan semestinya Bahasa Ibunda lebih mesra pengguna.

Erk, penulisan blog saya dah macam website kerajaan pulak. Alright, let me start where I stopped. This entry might be a mixture of English and Malay because certain things are better said in a certain language. Of course, I love you is a lot better than saya cintakan awak. 

***

I left to the Haramain, bringing along someone's wish. So, I planned to convey this person's intention to my parents, anytime during the umrah. Yes, I was happy with the wish. I was finding a perfect time to do that.

***

Azan subuh pertama di Madinah (sejam sebelum masuk waktu) berkumandang. Kami bergegas meninggalkan hotel dan berjalan kaki ke Masjid Nabi sollallahu alaihi wasallam. Teruja. Terasa sayu ketika setiap langkah diiringi seruan azan yang mendayu-dayu dan disambut dingin oleh bayu kota cahaya Madinah. Setiap langkah kaki adalah langkah menuju mendekati jasad Rasulullah. Orang ramai bersesak, namun masih nyaman.

Melangkah masuk ke dalam masjid, mashaAllah. Indahnya binaan manusia, namun lebih indah lagi suasana itu kerana berkongsi masjid dengan ratusan ribu saudara seagama dan berada di bawah bumbung yang sama dengan baginda SAW. Kedatangan kami agak lewat mengakibatkan kawasan saf solat di dalam Masjid sudah agak padat. Akhirnya kami duduk di barisan terakhir, membelakangkan dan berdindingkan tong air zam-zam. Duduk kami tidaklah aman-aman aja. Jemaah (kebanyakannya dari Asia Barat dan Asia Selatan) suka main redah. Tidak kira orang duduk mahupun diri, sujud mahupun rukuk, mereka langgar je. Kepala dilangkah ketika sujud bukanlah sesuatu yang mengejutkan di tanah suci. Apa yang penting, sabar.

The very first photo of Madinah that I captured. It's before/ after the first subuh prayer here. 

Hari-hari di Madinah diteruskan dengan agenda utama: menziarahi Nabi Muhammad SAW. Hari pertama, selepas sarapan pagi, jemaah dikumpulkan dan dibawa untuk ziarah dalam. Ziarah dalam adalah ziarah sekitar Masjid Nabawi (Raudhah, makam Nabi dan sahabat, serta perkuburan Baqi). Sepanjang di sana, saya jarang-jarang mengeluarkan handphone apatah lagi mengambil gambar. Maybe because there were too many people, so it was very packed and I didn't think about taking photos that much. Plus, we're advised and told to make full of our time here because the invitation to come to Madinah and Makkah doesn't come often. Penuhilah masa dengan beribadah, mengingati Allah, berselawat dan berdoa. Kebiasannya gambar-gambar diambil apabila sudah ingin meninggalkan masjid.

Day 1: menunggu giliran untuk masuk ke taman syurga, Raudhah.

Peluang untuk berada di Raudhah tidak harus disia-siakan. Are we so sure that we'd be in the heaven afterlife? So the opportunity to be in Raudhah and visit Rasulullah must be taken seriously. Orang sangat ramai, berasak-asak, bertolak-tolak. Saya yang sememangnya tidak cukup ketinggian ni selalu ended up di celahan ketiak warga Turki. Saya tidak mampu melangkah. Manusia hanya merempuh beramai-ramai, yang belakang tolak yang depan, yang depan tertolak yang lagi depan. Begitulah dugaan dan gambaran sikap sebenarnya umat Islam..sedangkan kita sedang menziarahi baginda SAW. Saya berkesempatan masuk ke Raudhah sebanyak 2 kali dan kedua-dua waktu itu saya disepit, diseret, diheret sehingga tiba di kawasan karpet hijau- menandakan sempadan kawasan yang dinamakan Raudhah itu.

Ketika lawatan ke Raudhah yang kedua, there's something happened that I'd never forget. I was so moved. It touched my heart, it taught me a lot of things. I mean, HE TAUGHT ME. Of course, every incident was written by Him. Saya bersama Mak, Mak Timah dan Chulan berempat merancang ke Raudhah dan kebetulan memang ada sesi melawat Raudhah setiap kali selepas isyak. Jemaah di Masjid Nabawi dibahagikan mengikut region dengan cara: pekerja masjid mengangkat banner tertulis "Melayu" bagi mengumpulkan jemaah dari nusantara dan banner lain untuk menghimpunkan bangsa lain pula. Terus terang saya katakan, sepanjang di sana, saya lihat bangsa Melayu adalah yang paling beradab, paling berdisiplin dan paling sopan akhlaknya.

Baik. Perjalanan ke Raudhah mengambil masa yang lama kerana menunggu giliran. Iyalah, jemaah yang ada sudah beratus ribu, Raudhah itu pula tidak sebesar mana. Hanya kasih sayang dan rahmat Allah yang mampu menjadikan impian ke Raudhah itu suatu kenyataan. Setibanya kami berdekatan Raudhah (10 meter mungkin), saya terpisah dari Mak, Mak Timah dan Chulan. Saya yang kecil (*batuk kecil*) teruskan usaha melangkah untuk maju ke depan. Disebabkan pegangan tangan saya dan Mak sudah terpisah, saya fikir ada baiknya saya teruskan sahaja berjalan ke depan kerana Raudhah sudah begitu hampir, makam Rasulullah sudah tidak jauh.


Random picture
Saya silap. Jarak sememangnya hampir, tetapi waktunya masih jauh. Takdir masa untuk saya memijak kawasan Raudhah tidak sehampir jarak yang dilihat. Saya separuh nyawa dihimpit dan amat sukar bernafas. I was gasping for air because everyone around me was big and tall. I felt like a dwarf for a moment there. Saya hanya mampu memohon supaya saya selamat dan dapat ke Raudhah. Saya menangis meminta supaya Allah kasihankan saya dan izinkan saya menemui Rasulullah. Saya mulai sebak. Saya merasakan diri saya belum cukup suci untuk menjadi tetamu baginda. Sepanjang berhempas pulas di celahan manusia, saya sentiasa panjatkan doa dan memohon ampun. Kaki saya sudah tidak jejak di lantai. Saya cuma terapung, kadang kala sahaja ibu jari kaki dapat merasa lantai. Sebelah tangan memegang tudung supaya tidak tertanggal. Sebelah tangan lagi saya jadikan benteng hadapan supaya dada saya tidak dihimpit. Saya risau sekiranya tidak boleh bernafas dan sentiasa cuba memastikan kepala saya lebih tinggi dari bahu mereka yang lain. Allah, kerdil sungguh rasanya. Saya menangis dan merintih, tidak henti berdoa supaya selamat tiba di Raudhah meskipun Raudhah sudah dekat. Tengok peta di bawah.


Saya terpisah daripada Mak sekitar kawasan bertanda K1. Raudhah pula adalah kawasan berwarna hijau. Makam Rasulullah yang bertanda 1, makam Saidina Abu Bakr bertanda 2 dan makam Saidina Umar bertanda 3. Garisan merah merupakan sempadan dinding yang memagari makam-makam ini. Garisa biru putus-putus adalah sempadan pemisan kawasan muslimin dan muslimat. Arah qiblat adalah seperti ditandakan.

Di saat saya 'hanyut' dibawa ombak manusia, akhirnya saya tiba di destinasi saya. Raudhah. Saya dibawa arus sehingga 'terdampar' di sebelah garisan merah, berhampiran titik bernombor 16. This is the closest possible spot a woman can be to the prophet. It's the first saf of women area, the most left towards the tombs. I cried. I was humbled. When I was that hopeless, He brought me as near as possible to Rasulullah. But, the test was not ended yet. It's just about to begin. I stood there, for like 10 minutes, waiting for a woman in front of me to move. She's been there for so long (note: 5 minutes are already too long). She prayed and prayed, one after another. It's understandable..yes everyone wants to pray in Raudhah but we have to be tolerant towards others when it comes to taking turn in Raudhah, Hijr Ismail, Hajr Aswad etc. Everyone kept pushing each other and my tears just couldn't stop. People around me pushed the woman a bit to the side so that there's a room for me to have my solat sunat.

All praises be to Him. I then performed my solat. I thought the scene was over once I got to pray but no. I had to wait for that woman to move. Lepas orang lain suruh dia beralih supaya saya dapat solat tadi, dia cuma berganjak sikit je. Bila saya mula solat, dia masih di situ jugak- berdoa berwirid. Saya tidak dapat rukuk. Saya tunggu lama untuk dapat rukuk. Setelah iktidal, saya terpaksa tunggu lagi for about 10 minutes lagi untuk sujud. Itu pun lepas orang ramai keliling saya paksa wanita tadi ke tepi sebab saya nak sujud. Saya tak boleh sujud. Setelah dia beganjak sedikit, saya pun turun untuk sujud tetapi sujud saya tidak sempurna, keadaan sangat sesak dan sempit. Hanya lutut mampu menyentuh lantai, selang beberapa ketika, tapak tangan pula menekap lantai. Tunduk. Kepala saya masih sangkut, tiada ruang untuk saya bersujud. Saya menangis teresak-esak, hanya Allah yang boleh mengizinkan saya sujud di Raudhah ini. Selang 5-10 minit, setelah saya bersungguh-sungguh memohon dan orang sekeliling memaksa orang di kiri kanan saya ke tepi untuk beri ruang pada saya, sujud saya akhirnya sempurna. Terasa amat besar nikmat sujud itu. Apabila nikmat ruang ditarik untuk saya bersujud, barulah saya faham erti nikmat sebuah sujud. Mungkin Dia memang mahu saya meminta dan berdoa sebab selepas saya sujud, saya tidak mampu untuk bangun. Orang melangkah, berjalan melintasi kepala saya. Seperti biasa, saya terpaksa menunggu untuk melaksanakan rukun solat. Itu antara pengalaman berharga dan paling saya ingat di Madinah. Di Raudhah, saya memperbanyakkan berdoa, including about making it easy for me to convey the message to my parents IF; that's the best decision. If it's not, then make it obvious to me that it's not the best thing to happen yet. 

On my way out after Raudhah.

My mother. It's her second umrah.
Selain ziarah dalam, kami juga diprogramkan untuk ziarah luar yang mana destinasinya adalah seperti Masjid Quba' iaitu masjid pertama dibina oleh Rasulullah, Masjid Qibalatain, Jabal Uhud dan ladang kurma. Pada hari untuk ziarah luar ini, abah dan kumpulan bilik abah (Chik, Pak Hasim & Pak Akob) lesap. Kumpulan kami (satu bas) dah tunggu lama sejak lepas sarapan tapi Abah tak dapat dihubungi (tak angkat!). Akhirnya mutawif buat keputusan untuk jalan je tinggalkan Abah and the gang sebab they couldn't wait! The bus driver...biasalah Pak Arab. Mana boleh nak sabar sikit. But then bila dah sampai destinasi pertama, Masjid Quba', Abah berjaya dihubungi dan dia buat keputusan untuk ambil teksi menghala ke Masjid Quba' bersama yang lagi tiga tadi. Kami bertemu di Masjid Quba'.

Kumpulan umrah dibahagi mengikut tarikh dan syarikat penerbangan. Kami yang satu bas adalah kumpulan yang terbang bersama dari KLIA. 

Dalam perjalanan ke Masjid Quba', tidak jauh dari Masjid Nabawi. Tapi taklah dekat sampai boleh nak jalan kaki.


Pandangan luar masjid yang dibina atas dasar taqwa. Masjid Quba'.

Saya berlatarbelakangkan Bukit Uhud yang menjadi saksi peperangan Uhud dan pemergian para syuhada'. Abaikan jubah singkat itu -__- Beli murah, macam tu lah. SR15 tak silap saya, lebih kurang RM14. Bukan senang nak tengok saya berselipar.

Kami di kawasan perkuburan para syuhada' Uhud. Sayu mengenangkan mereka yang telah berjasa demi menyampaikan dan meluaskan ajaran Islam sehingga tiba pada kita hari ini. Kawasan dipagarkan untuk mengelakkan upacara khurafat dan syirik.

Indah. Saya memang sukakan pemandangan yang tandus, kering, coklat, bergurun. I like views like this. Rindu..

Selekeh tak perlu dipertikaikan lagi. Iyalah, tiada masa untuk banyak berfikir untuk benda lain. Bergambar di atas Bukit Memanah, ingat lagi arahan Rasulullah kepada pasukan tentera Islam? Ya, agar mereka tidak berganjak dari bukit ini.

Ketika menuju ke Masjid Nabawi buat maghrib yang terakhir dalam pemergian kali ini. Semoga ia bukan yang terakhir dalam hidup ini.

Mak Timah (kakak kepada Abah), Emak dan Chulan selepas ziarah wida'. Ziarah terakhir sebelum meninggalkan kota Madinah keesokannya.

Keindahan dan keheningan kota ini tiada tandingannya. Walaupun saya belajar di New Zealand, negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, perasaan berada di Madinah jauh, jauh, dan jaaaaaauhh lebih damai.


Penziarah lain di pekarangan Masjid Nabawi.

Di bawah kubah hijau itu letaknya jasad penghulu segala nabi.

Petang terakhir di Madinah. Perasaan sedih, hiba, berat hati, rindu menyelubungi. Tidak sanggup mengenangkan itu merupakan kali terakhir untuk menziarahi Rasulullah bagi umrah kali ini. Siapakah yang mampu menahan air mata di saat ingin berpisah daripada kekasih Allah?


Nasib baik cermin mata gelap sedikit, dapatlah menutup sisa-sisa tangisan :')


Ya Allah. Jangan engkau jadikan ini pemandangan terakhir Masjid Nabawi bagiku. Gambar ini diambil di saat bas mula meninggalkan kota suci Madinah menuju ke Kota Makkah.

Dengan berat hati meninggalkan kota Madinah kecintaan Nabi Muhammad, saya dan jemaah lain pastinya harus terus memandang ke hadapan. Makkah menanti kami, baitullah menunggu kami, Kaabah melambai-lambai. Kami bersedia untuk berniat umrah dan berada di dalam ihram. Hati masih menangis mengenangkan Madinah yang ditinggalkan sambil lidah menuturkan lafaz talbiah.


Makkah, aku menujumu. Saya akan sambung penulisan ini dengan pengalaman di Makkah, perkembangan 'intention' tersebut dan kejadian-kejadian yang saya kira amat bermakna dalam hidup saya.

P.s: Pada saat ini 365 hari yang lalu, aku diselubungi pelbagai perasaan. Lagi 6 jam untuk meninggalkan rumah. Begitu cepat masa berlalu...



Page 27 of 365: Promising is one thing, keeping it is another.

Well I thought I could handle this. I thought I could write an entry a day. Well I fail as early as in the first month *cries*.

BUT

I am not disappointed with myself. I know that I've been busy taking care of my dad, been busy altering all the jubahs and dresses that I bought during my time in Malaysia. Well.. I did some calculation and apparently I've spent more than RM1000 for clothing *cries harder*. I can't believe myself. RM1000 isn't a small amount, at least for me. I was not this type. I hardly shopped when I was < 20 years old.

I conclude that this 'therapy' comes into my life as I have earned my own money. If I were to use my parents' money and buy clothes, I bet it wouldn't be easy to exceed even a hundred (just because I am a good girl, not wanting to burden my parents).

Hey, it's been 365 days. Tomorrow is the date when I departed for umrah. I wish to finish writing about my umrah but I am just helpless. I can't remember everything, I remember a little, here and there and I find it hard to compile them into one and in sequence. I miss you.

19 January 2015

Page 19 of 365: What?

Lol. Online sellers are so honoured these days that when they lie, we're blamed for fighting for our rights.