27 June 2012

FAQ: Kolej MARA Seremban

Views:

*Update: this entry was relevant up till my time at KMS.

1. Pergi kelas pakai apa? Pergi keluar dari bilik pulak? Nak pergi makan macam mana?
LELAKI
Isnin- Khamis: Kemeja lengan panjang atau pendek (apa-apa material atau fabrik haha tapi plain lah seeloknya), tie (optional), seluar slacks (wajib), kasut hitam kulit/ PVC.

Jumaat: Baju melayu lengkap bersampin bersongkok, tuck in.

PEREMPUAN
Isnin- Jumaat: Baju kurung, KURUNG sahaja. Tiada kebaya tiada sari tiada kebarung, tiada batik lepas. Ya anak-anak, baju kurung menutup aurat (tak berbentuk? tak melekat di badan?). Kasut hitam/ gelap kulit/ PVC.

Setiap hari rabu, korang akan pakai t-shirt batch. But for awal awal ni, belum ada lagi baju. Bila dah dapat nanti baru mula. Now ikut rules atas tu. Oh and selasa akan pakai baju korporat, nanti akan dapat. Bila dah dapat, baru berkuat kuasa. Kiranya bila dapat dedua baju ni, baju kurung and baju kemeja ni dipakai pada hari selain selasa dan rabu.

TUDUNG:
Plain seeloknya, tak nipis, menutup dada (eh macam konsep biasa menutup ya). Selendang atau fesyen lelain tu, hm ada jugaklah dipakai tapi lama-lama, ramai beralih ke tudung biasa sebab praktikal dan lebih menutup serta tak panas dan tak jarang. Ewah macam promoter tudung. Kbai saya tak jual tudung.

KE DEWAN SELERA (DS)
Menutup aurat, gaya apa pun lantak koranglah, tak mandi pun takpe kalau weekend tu haha. Perempuan pulak kalau pakai t-shirt, pakai yang labuh sikit (ha g beli banyak banyak), taklah besar gedabak, asal ikut saiz memasing, tutup ehem ehem.

OUTING
Terpulang kepada taste masing masing, aurat dijaga :)

2. Pakai internet apa?
Sesetengah pakai wifi, mostly engineering students. Sebab most of them tak perlu pakai internet untuk belajar sangat. Other students, broadband is more preferable. Sebab boleh bawak pergi mana-mana untuk research. For IB & TESL, I suggest broadband. Akak pakai MAXIS and line dia okay laju je (unless kuota habis haha). Ini perlu ya internet kat bilik sebab IB & TESL banyak perlukan research, tanpa internet, musnahlah impian hik hik. Btw kat Blok Akademik (BA) ada wifi. Bilik tiada. And dengar kata U-mobile sangat laju di Seremban.

3. Alat tulis?
Macam sekolah dulu, basic sahaja. Ohhhhh tak perlulah ya nak beli pensel warna LUNA ke apa semua. Highlighter beli banyak2, cukup 7 koleksi warna pelangi lagi baik haha. Mengenai buku, basically tak ada yang perlu disediakan sebelum masuk mendaftar. Dalam kelas nanti cikgu akan inform apa yang dia perlukan or certain cikgu akan provide and you guys bayar je.

4. Elaun masuk macam mana?
Elaun masuk macam magik. Biasanya 30/31 hb dia akan masuk untuk bulan seterusnya. Kiranya sebelum mula bulan lagi dia dah masuk, dalam sehari dua sebelum bulan baru. Ikut akaun bank masing-masing. RM 100 setiap bulan. Mungkin awal-awal ni akan diberi melalui cek sebab akaun bank belum establish.

5. Majoriti pelajar kos apa?
Tak tentu, akak kurang pasti pasal IB, tapi kalau A-level batch akak, 6 kelas engineering, 1 kelas TESL (kurang dari 20 biasanya), 1 kelas Accounting. Biasanya sekelas 20 orang.

6. Susah tak nak fly?
Again, sorry for students IB sebab akak tak tahu sangat pasal IB. Pasal A-levels, peratusan fly Accounting paling tinggi. Mostly kalau internal exam yang dapat 15 points ni troop accountants la. Engineers pulak ramai yang akan score A in many subjects, tapi ada jugak yang susah nak catch up. But again, berduyun-duyun berbondong-bondong manusia engineers yang 15 and fly :) TESL, oh tak perlu diulas, dah diterangkan di sini.

7. Bila boleh keluar atau balik?
WEEKDAYS: Keluar selepas 5 petang, balik by 7pm.
WEEKENDS: Keluar 9am, balik by 7pm.
BALIK: Jumaat lepas solat Jumaat (lelaki), Jumaat lepas kelas fardu ain (perempuan, about 2pm dah boleh bergerak). Kembali semula ke kolej by 7pm Ahad. Setiap minggu boleh balik kalau takde event kolej.

8. Macam mana budaya belajar kat sana?
Budi bahasa budaya kita. Lebih kurang sistem SBP/ MRSM, cuma takdelah prep. Study group akan diuruskan oleh a-level/ IB punya student bodies. Bakal dibentuk kemudian. Jadual atau susunan aktiviti harian? Di sini.

9. Calculator pun ade spesis tertentu ke?
IB: GDC (sila google rajah anda hew hew)
A-LEVEL: Casio 570-MS (SPM gitewww)

10. Subjek ada berapa?
IB tak pasti, A-level yang diambil points nya 3+1.

ENGINEERING:
Maths (pure Maths 1, Pure Maths 3, Statistics 1, Mechanics)
Physics
Chemistry
*General Paper

ACCOUNTING:
Maths (pure Maths 1, Pure Maths 3, Statistics 1, Statistics 2)
Business Studies
Account
*Econs

TESL:
Maths (pure Maths 1, Pure Maths 3, Statistics 1, Statistics 2)
Sociology *muntah*
Literature *muntah darah*
General Paper.

*general paper ni subjek yang akan assist to top up kalau points kita tak cukup nak fly.

Selain tu, semua IB & A-Levels akan belajar Islamic Studies eceh nama dia english tapi belajar dia BM lah.

Jap, ada lagi ke tertinggal? Rasanya tak. Kalau ada, boleh bagitahu :)

By the way, nama kelas kat sini camni tau.

11. 7

Batch. Class

Akak kelas 11.7, maknanya akak A-level batch 11, kelas 7.

Kalau dalam IB batch akak,
Kelas dia camni:
MD 62 (e.g), bermakna dia kelas Medic/ Dentistry batch 6 kelas 2.

Korang adalah A-level batch 13, IB batch 8 :) Semoga berjaya :D



1 comment:

  1. wah. cerita kehidupan kt Kolej mara seremban nampak..wahaha

    ReplyDelete

Show your wisdom.